Friday, February 11, 2011

Disebalik nama

Dapur kayu Lesung batu...nama yg meingatkan kita pada ibu2 dizaman dahulu yg menggunakan dapur kayu untuk memasak dan menggunakan lesung batu,meenggunakan kaedah memasak cara lama ini lh yg membuat masakan ibu kita enak sehingga kita tetap mencari masakan ibu kita walau semoden mana pun kita kini.sebagaimana enaknya nasi yg ditanak menggunakan dapur kayu tidak dapat dibandingkan dengan nasi yg dimasak menggunakan periuk nasi letrik.walaupun zaman telah berubah dan menggunakan perkakas yg bolih menjimatkan masa kini telah menguasai diri kita tapi namun dapur kayu tetap dalam ingatan kepada yg pernah menggunakan,mungkin bagi sesetengah dari kita tidak pernah melihat pun dapur kayu ini,kita berharap masyarakat akan tetap menghargai khazanah lama yg pernah digunakan orang2 lama dulu.
     Lesung Batu walau telah digantikan dengan blender namun saya percaya setiap rumah diMalaysia pasti terdapat lesung batu di rumah mereka walaupun jarang digunakan.Masih relevan bagi sesetengah orang menggunakan lesung batu untuk menumbuk seperti sambal belacan ke atau perencah sayur ke atau apa saja untuk memasak,kadangkala kita masih menggunakan lesung batu untuk menumbuk cili untuk membuat sambal tumis yang enak.
    Nama yang klasik ini lah yang mendorong saya meletakan nama yang penuh dengan kenangan ini Blog DAPUR KAYU LESUNG BATU.Terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tak seberapa ne sekadar mengisi masa yang terluang ada masa saya nak kongsi cerita masakan tradisi orang2 bugis diblog saya

No comments:

Post a Comment